24 November 2016 - 16:24
De Mistura Sabotaj Dialog Syria: Lavrov.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pada hari Selasa lepas berkata bahawa wakil khas PBB di dalam hal-ehwal Syria sedang berusaha untuk mensabotaj Resolusi 2254 Majlis Keselamatan yang mengatakan bahawa dialog dalaman Syria perlu dilaksanakan tanpa sebarang pra-syarat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pada hari Selasa lepas berkata bahawa wakil khas PBB di dalam hal-ehwal Syria sedang berusaha untuk mensabotaj Resolusi 2254 Majlis Keselamatan yang mengatakan bahawa dialog dalaman Syria perlu dilaksanakan tanpa sebarang pra-syarat.

Ketua diplomat Rusia berkata bahawa Moscow menyokong sebarang inisiatif untuk memulakan dialog dalaman Syria di Damsyik memandangkan komunikasi di Geneva sudah dihentikan.

"Kami menyokong inisiatif untuk menganjurkan dialog tersebut di Damsyik. Saya berpendapat bahawa kerajaan Syria pasti setuju dengan perkara itu," menurut agensi berita Tass yang menukilkan kata-kata beliau.

"PBB, secara khususnya wakil khas mereka, Staffan de Mistura selama 6 bulan ini telah mensabotaj Resolusi 2254, yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan. Resolusi tersebut mengatakan bahawa dialog dalaman Syria perlu dilangsungkan tanpa sebarang pra-syarat," kata beliau lagi.